Tuesday, November 23, 2004

Cara pendaftaran dan pelaksanaan Padanan Jodoh Baitul Muslim

1. Sentiasa memasang niat dan membetulkan niat untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah. Buang jauh jauh sikap ego, prasangka dan prejudis. Kita sama sama memerlukan antara satu dengan yang lain. Sentiasa berdoa agar Allah memberikan anda pilihan terbaik disisi Allah.
2.Hanya individu yang serious dan merasa perlu untuk berumahtangga dalam masa terdekat ( dalam masa setahun) sahaja digalakkan mendaftar.
3. Isikan borang Baitul Muslim se detail mungkin terutama kriteria pasangan yang menjadi idaman dan pilihan hati.
4. Hantarkan borang Biodata Baitul Muslim (disediakan) yang telah didisi lengkap kepada emel, baitulmuslim_jim@yahoo.co.uk
5. Bayaran perkhidmatan yang minimal akan dikenakan apabila nama dan biodata pasangan yang sepadan menurut kriteria pilihan telah ditemui. Anda akan diberi 4 nama dan biodata calon. Jika tiada yang sesuai, 4 lagi nama dan biodata akan diberi, sehinggalah berjumpa dengan pasangan idaman.
6. Apabila anda telah melihat biodata yang sesuai, kemudian berkenan sila hubungi pihak Baitul Muslim.
7. Anda tidak dibenarkan menghubungi padanan pasangan anda sendiri.
8. Baitul Muslim akan mengadakan majlis pertemuan antara anda dan bakal pasangan anda dengan ditemani oleh pasangan suami isteri JK Baitul Muslim. Satu taklimat ringkas mengenai Perkahwinan yang Islami (match making) dan majlis taaruf (suaikenal) pasangan akan diadakan.
9. Di majlis taaruf , setiap individu terlibat bebas bertanya sebarang soalan sehingga semua 'tandatanya' dan kemusykilan terjawab dan merasa puas dengan jawapan yang diberikan.
10. Selepas majlis pertemuan, pasangan diberi masa seminggu atau lebih untuk solat istikharah sebanyak 7 kali dalam membuat keputusan untuk menolak atau menerima cadangan 'padanan' pasangan yang diajukan oleh Baitul Muslim.
11. Keputusan samada 'ya' atau pun 'tidak' hendaklah diberitahu kepada JK Baitul Muslim.
12. Jika jawapan kedua adalah positive, JK akan menasihatkan kedua dua belah pihak menyusun langkah seterusnya, i.e keluarga pihak lelaki menemui keluarga perempuan untuk urusan meminang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.
13.
Sebelum majlis perkahwinan pasangan dikehendaki membuat bayaran perkhidmatan yang sewajarnya sebagai bayaran terakhir kepada Unit Baitul Muslim
14. Jika jawapan negative, anda jangan mudah putus asa. Semua maklumat yang anda dapati mengenai pasangan padanan Baitul Muslim adalah amanah dan perlu dirahsiakan. Maruah saudara muslim perlu dijaga.
15. Ingatlah lelaki yang baik untuk wanita yang baik, lelaki yang keji untuk wanita yang keji.

4 comments:

muslimahsejati said...

Assalamualaikum

Oleh kerana borang tidak dapat diisionline, saya telah convert ker Excel. Saya harap tidak menjadi kesalahan dalam prosedur tersebut.
Wassalam

Bersih Dan Hias Hati dan Minda said...

Assalamualaikum,

Terima kasih di atas info dan peringatan yang diberikan. Semoga
perlaksanaan berjalan lancar dan lebih ramai insan dipertemukan jodohyang baik. Amiin.

MyBusana said...

Assalamualaikum,

Saya juga ingin bertanya soalan yang sama seperti saudari suhailanury. Adakah Baitul Muslim masih aktif? Buat pengetahuan anda, saya pernah menghantar profile saya tapi tidak mendapat sebarang response. Harap Baitul Muslim masih lagi aktif kerana saya menyokong penuh pelaksanaan Padanan Jodoh Baitul Muslim yang Islamik dan seterusnya membantu muslimin-muslimat yang masih mencari-cari calon pasangan mengikut syariat, insyaAllah.

adi said...

salam, saya dah email kat baitulmuslim_jim@yahoo.co.uk] biodata saya, tapi email tu return mcm dah x valid... haidee biskutraya123@gmail.com